html> [gelombang syaitan]*

GELOMBANG SYAITAN

sape?


piye2 je lah
hamba Allah cang deme gok
kalu nok tahu.. umur kite ning setiak saak naik maknenye koho dekak nok mati
Allahu Akbar
mapuh sona
nok lawang wane ae?
gining..
ilmu kene cari
dang panda gok tibang ah
biar kio'k gitu
dok sedor2
duk atah hok tuhang kang
wak ah molek
tranung kite bkan hok pok derih
anging nape gok eh
mati gok


gadie eh

August 2005





wal-asr/uk

Monday, August 15, 2005


Perbezaan ketara antara gelombang Tsunami dengan Gelombang Biru Ideris Jusoh Islam hadari Terengganu Bestari. Posted by Picasa

AKHLAK!!! Pak deris si legenda Islam Hadari negeri Tranung melaung-laungkan kalimah AKHLAK untuk rakyatnya di dalam buku kecil Islam Hadari. Adakah AKHLAK yang dijajanya itu semata-mata untuk mengeburi mata rakyat? Elok bunyinya seperti seorang pendakwah yang mengajak manusia ke jalan Allah. Atau adakah ianya bermaksud semata-mata ditujukan untuk rakyat supaya mengikut telunjuk rejimnya?

Mari kita sama-sama melihat apakah AKHLAK yang di maksudkan oleh Pak Deris itu:

1) Meruntuhkan rumah-rumah raykat: sepanjang pemerintahannya yang hanya setahun jagung ini Pak Deris telah merobohkan begitu banyak rumah rakyat, penduduk-penduduk RTB dianggap tidak sah di sebabkan tanah yang didiami oleh mereka telah di luluskan oleh kerajaan PAS yang lepas, sekaligus rumah-rumah yang mereka bina di anggap haram. Tanpa tolak ansur, belas kasihan, perikemanusian serta tamaddun Pak Deris bersama hamba-hambanya jua jakjuk makjuk birunya telah meroboh rumah meraka.

2) Tidak menghormati undang-undang: Undang-undang telah mengesahkan kemenangan PAS pada pilihanraya 1999. Sebagai pemerintah PAS berhak membahagikan tanah kepada yang berhak menerimanya seperti yang dianjurkan oleh Islam, setelah memeriksa serta menyelidik kedudukan mereka dan bukan secara rambang apatah lagi kroni yang di tentang selama ini. Bermakna, pengagihan tanah itu adalah sah dari segi undang-undang negara. Oleh itu, dengan merampas balik tanah-tanah yang telah diagihkan itu bermakna Pak Deris telah terang-terangan memperkosa undang-undang negara.

3) Merobohkan masjid: Satu kekejaman dan jenayah yang paling dahsyat serta lebih jahat dari kekufuran yang dilakukan oleh Pak Deris ialah merobohkan Masjid Kampung Bujal, Kemaman. Satu jenayah yang tidak pernah berlaku melainkan beberapa kali, seperti pembakaran masjidul-quds yang telah berlaku dan rancangan perobohannya oleh puak-puak pelampau yahudi, dan juga kisah Masjid Babri di India yang di robohkan oleh puak-puak pelampau hindu atas dasar masjid itu di bina di atas tanah kelahiran tuhan mereka. Tiba-tiba seorang yang kononnya mengaku Islam merobohkan masjid di Terengganu, agama apakah dia? Untuk menutup jenayahnya itu terang-terang Pak Deris menipu dengan menuduh bahawa masjid itu adalah markaz PAS. Bagaimana markaz PAS boleh ada kolah wudu' serta mihrab?

4) Menyokong ajaran sesat: Isu Ayah Pin telah riuh di seluruh negara, dari Sungai Golok hingga ke Tambat Johor orang memperkatakan tentang Ayah Pin dan ajarannya. Ada ura-ura yang mengatakan pihak berkuasa cuba mengambil tindakan ke atasnya, tetapi tidak di kesan jejaknya, hebat sungguh Ayah Pin, bulu roma Anwar Ibrahim pun boleh dijumpai menyebabkan tilam tu diusung ke mahkamah, hebat sungguh Ayah Pin, bodoh bangat pihak polis. Oh tidak! Bagaimana pihak polis boleh menjumpai bulu roma Datuk Sri Anwar kalau mereka bodoh? Ya! Polis menipu untuk kepentingan orang tertentu. Tidakkah anda berfikir bahawa isu Ayah Pin sengaja dimainkan oleh Pak Deris untuk menutup isu perobohan Masjid Bujal? Sedangkan ajaran Ayah Pin dibiarkan bebas kerana kepentingan politik UMNO.

5) Memperkosa demokrasi: Sejak akhir-akhir ini majlis-majlis PAS selalu diganggu oleh setan-setan bertopi merah atas arahan Pak Deris la'natullaahia'laih. Orang-orang tua yang tidak sempat lari dipukul dengan teruk oleh para jahanam setan-setan bertopi merah ini, makcik-makcik ada yang luka teruk dikaki akibat terpijak kaca ketika lari ketakutan tanpa sempat menyelit selipar di kaki, ada emak yang menangis mendukung anak kecilnya apabila kedua-dua mereka disembur air dan gas pemedih mata, sambil kaku tidak dapat berbuat apa-apa apabila melihat suaminya pengsan menyembah bumi akibat kesan yang berlebihan. Demokrasi apakah ini? Demokrasi Pak Lah Badawi? Atau demokrasi Pak Deris la'natullaahia'lahi?


Ini hanya sedikit contoh AKHLAK yang di warwarkan oleh Islam Hadari oleh Pak Deris La'natulaahia'laihi itu. Disana banyak lagi jenayah-jenayah yang telah di lakukannya yang tidak dapat saya sertakan di sini. Dimanakah kita? Adakah kita menentang kemungkaran ini? Masih berimankah kita? Sabda Nabi Sallalaahu a'laihi wasallam yang bermaksud: "Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah dia mencegahnya dengan tangan. Jikalau dia tidak mampu, hendak dia menegurnya dengan mulut. Jikalau dia tidak mampu juga, hendaklah dia membencinya dengan hati. Dan itu adalah selemah-lemah iman". Di manakah kamu orang- orang yang hanya memandang dan membisu? di manakah kamu di sisi Allah? Tepuklah dada dan tanya diri sendiri!


Ya Allah ya tuhan kami! Kami mengadu kepadamu akan kelemahan diri kami, serta kecetekan perancangan kami! Moga-moga engkau lahirkan di kalangan kami orang yang akan menghancurkan kekejaman ini, dan akan membinasakan penjenayah-penjenayah ini! amin!

5:02 PM
darda

Wednesday, August 03, 2005

Tanggal 26 Disember 2004 Asia telah dilanda sebuah malapetaka hebat yang mengemparkan dunia. Tsunami atau ombak syaitan telah memusnahkan jutaan harta benda bahkan jutaan nyawa. Ada yang mengatakan itulah lumrah alam, ianya hanya perkara biasa seperti letupan gunung berapi dan sebagainya. Bagi orang-orang yang beriman pula, itulah balasan Allah terhadap manusia-manusia yang membuat kerosakan dimuka bumi. Firman Allah ta'ala di dalam Al-qur'an: "Oleh itu jika mereka berpaling ingkar, maka kami tidak mengutuskanmu wahai Muhammad sebagai pengawas terhadap mereka, tugasmu tidak lain hanyalah menyampikan apa yang diperinthkan kepadamu. Dan ingatlah sesungguhnya apabila kami memberikan manusia merasai sesuatu rahmat dari kami mereka bergembira dengannya. Dan sebaliknya jika mereka ditimpa sesuatu kesusahan disebabkan dosa-dosa yang mereka lakukan, makan mereka segera membantah serta melupakan rahmat yang telah mereka nikmatinya, sesungguhnya manusia itu tidak mengenang akan nikmat-nikmat tuhan". Surah As-syura ayat 48.

3:23 AM
darda